Thursday, May 15, 2014

Grup Coaching Asas Akaun Secara Offline

Kini kami juga buka pendaftaran bagi yang berminat untuk Personal Coaching secara offline.
Bersama seorang lagi trainer bertauliah.

Kelas asas Akaun Offline
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Masa: 9.30pg - 2.00tgh (Hari bekerja atau hujung minggu)
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)
Yuran: RM250



Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Untuk pendaftaran, klik terus ke pautan
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html

atau hubungi urusetia https://www.facebook.com/aishah.hussein7


Wednesday, May 14, 2014

Ulasan Bengkel Asas Akaun - Zunairah Abdul Ghani

Pada 10 Mei baru-baru ini, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran akademi bekerja dari rumah.
Pada tanggapan saya ia hanya kelas asas simpan kira yang biasa.  Saya daftarkan diri untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan juga keperluan perniagaan saya. Saya tiba di Shah Alam setengah jam sebelum kelas bermula. Permulaan kelas, saya sudah merasakan kelas kali INI berbeza.

Ada aktiviti regangan yang menarik.  Penceramahnya juga bijak mengendalikan audien. Penceramah merupakan akauntan yang berpengalaman menguruskan akaun - akaun syarikat. Jadi mudahlah dia memberikan contoh - contoh dan masalah yang sering dihadapi peniaga.Pn.Khadijah merupakan penceramah yang berpengalaman mengendalikan kelas - kelas akaun seperti yang saya hadiri ini. Rupanya, nak tetapkan harga pun ada caranya.

Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini.  Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini.  Berbaloi saya memandu jauh - jauh.  Insya allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.



Sunday, May 11, 2014

Bengkel 10 Mei 2014

Alhamdulillah.

Bengkel Asas Akaun pada 10 Mei telah berjalan dengan sukses.  Peserta-peserta pulang dengan seronok dan semangat berkobar-kobar untuk mengamalkan apa yang dipelajari di bengkel.